Kegunaan corak warna kriptik lain oleh manusia Penyamaran

Pemburu rusa moden

Pemburu sering menggunakan pakaian samaran yang dijahit khas mengikut haiwan buruannya. Contohnya, penyamaran berwarna jingga gemerlapan yang memastikan pemburu mudah dilihat oleh manusia sambil memanfaatkan hakikat bahawa kebanyakan haiwan buruan besar seperti rusa adalah dikromat yang mencerap warna jingga sebagai kusam. Sebaliknya, pewarna ultraungu yang biasa digunakan dalam serbuk cuci pakaian untuk mengilatkan warna pakaian, juga boleh dilihat oleh kebanyakan haiwan buruan; oleh itu penggunaannya akan menyebabkan apa yang dicerap oleh mata manusia sebagai pakaian samaran, kelihatan menonjol dari latarnya oleh mata haiwan yang peka terhadap ultraungu.[1]

Terdapat berbagai-bagai jenis penyamaran yang digunakan ketika memburu, dan mana yang sesuai bergantung kepada kawasan pemburuannya, sama ada corak oak lumut atau semak pokok renek untuk pemburu mamalia besar, atau samaran berupa menerung paya bagi pemburu unggas air.